Tuesday, 28 October 2014

cuti mid-term

Cuti Mid-Term

Assalamualaikum w.b.t

Cuti mid-term ni best sangat walaupun 10 hari ja.nak cuti lagi!!Nak balik penang!

exam mid-term

EXAM MID-TERM

Assalamualaikum w.b.t

Exam mid term dh nk dekat..

Tuesday, 14 October 2014

Minggu Stress!

MINGGU STRESS!

Assalamualaikum semua..

Hah minggu ni adalah minggu yang paling stress sekali sebab banyak sangat assignment yang perlu disiapkan.Dengan akaunnya,statistik,aplikasi haa..Setiap subjek tu banyak sangat assignment yang perlu disiapkan.Dah la susah.Hurmm nak buat macam mana kan..Macam ni la kehidupan sebagai pelajar Universiti.Tambah-tambah pelajar UKM sebab perlu memangku amanah negara.Bak kata visi UKM "Guardian of the Nation" ewahhh haha.

Yang paling menstresskan lagi adalah aku tak faham langsung statistik!Sob9 macam nak nangis tau tak: '( Makkk!!! Nak balik!! Haa sampai macam tu la stress nya.Macam mana nak exam ni!

Konklusinya,aku kena banyak buat latihan.Tapi,buat latihan banyak mana pun kalau tak faham nak buat macam mana kan.Erghhh! Stress!

Sampai sini saja..Terima kasih kerana mendengar luahan hati kecil saya.

"Ya Allah,Semoga aku dapat memahami statistik dan subjek-subjek yang lain serta mendapat keputusan yang terbaik.Amin yarabbal a'lamin.."


Microsoft Excel

EXCEL


Assalamualaikum..

Microsoft Exccel ni salah satu bab yang saya perlu belajar dalam Aplikasi Komputer.Nampak senang tapi susah la juga sebab banyak sangat komponen yang perlu ingat.Tapi kalau allert dalam kelas insyaallah boleh buat.

Yang saya risau sangat ni exam.Nanti time exam mid term kitorang perlu buat balik apa yang kitorang belajar dalam kelas. Arghhh! Stress...Kebanyakan komponen yang lecturer ajar dalam kelas saya dah lupa sebenarnya.Ni tak tau macam mana nak jawab nanti.Harap-harap dapat buat.Insyaallah..

Haa satu lagi,buka je cuti mid sem terus exam aplikasi.haaaa...macam mana la ni.Korang semua doakan saya semoga dapat keputusan yang terbaik tau.Kalau boleh 4flat la hee..aminn..Ha okay lah.Terima kasih semua: ) Good night..


Politik UKM

POLITIK UKM

Assalamualaikum dan salam highlanders  :)

Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa tetiba ja salam highlanders.Haa salam highlanders tu adalah trademark untuk KIYian..Sebabnya Kolej Kami adalah kolej yang paling tertinggi di UKM ni.KIY a.k.a Kolej Ibrahim Yaakob.Actually, saya bangga sangat tau dapat tinggal di kolej ni.Salah satu sebab saya suka kolej ni adalah sebab bekalan air kat sini jarang terputus.Kolej-kolej lain boleh dikatakan selalu juga la tak ada air.Satu lagi yang saya suka KIY ni sebab dapat tengok pemandangan dari atas haa(Haha puji kolej sendiri nampak).

Okay2,balik ke tajuk besar blog ni.Politik UKM.Dalam UKM ni ada 3 parti.Dua parti yang dikira kuat ialah Aspirasi dan Gabungan Mahasiswa.Satu lagi parti tu adalah parti bebas.Kalau ikut politik luar,Aspirasi ni kira kerajaan la.Gabungan Mahasiswa pulak pembangkang.Nak tahu saya undi yang mana??Haha mana boleh..Undi itu rahsia.*peace*

Okay akhir kata buatlah pilihan yang bijak ya kawan-kawan.Sebelum undibtu selidik dulu latar belakang parti tu ye.bye Assalamulaikum..

Saturday, 11 October 2014

Raya Haji 2014

RAYA HAJI


Assalamualaikum dan hye semua: )

Okay disebabkan tahun ni saya tak dapat raya haji dengan family so, saya nak cerita la mengenai pengalaman saya menyambut raya haji dengan family ex-roomate saya masa di Kolej Matrikulasi Selangor dulu.Nama dia Siti Khalisha binti Khalidan.Haa rare kan nama dia.Jarang jumpa nama macam ni haha.Dia tinggal di Sungai Penchala,Kuala Lumpur.Family dia baik sangat tau.

Actually,seronok la juga dapat beraya dengan diorang ni sebabkan dilayan dengan baik.Almaklumlah tetamu la katakan.Kalau tak baik memang dah cabut balik Penang dah haha.Tapi tak seseronok beraya dengan family Sob9 : '(  Even raya haji ja pon tapi sedih taw.Baru la dapat rasa macam mana orang yang study luar negara yang tak dapat balik beraya dengan family tersayang.Sedih sangat-sangat :'( Tapi tak pe..lagi dua minggu cuti lagii..So,dapat la balik Penang!walaupun seminggu jer cuti.Seminggu tu pun bermakna tau.

Sebenarnya family Khalisha ni ramai tau.Masa mula-mula tu segan juga.Ye la..Kita kan orang luar tetiba ja nak join beraya sekali.Of coarse la segan tahap gaban.Dah la family kaya-raya.Tapi nasib baik masa duk kat matrik dulu ada juga pernah tumpang rumah dia 2 3 kali.Kiranya kali ni kali yang ke-3 la kut..Dah kenal dah pun semua family dia.Family dia pun dah kenal saya.Dh rasa macam rumah kedua la pula hahah.Family Khalisha ni pun sebenarnya asal Penang juga.Tu yang boleh ngam tu.Kalau tak memang tergagap nak bercakap.Ya laa orang KL ni kadang-kadang tak faham dialek Penang sikit.Orang Penang kan cakap laju-laju.

Saya dengan Khalisha ni pon dah nak dekat setahun tak jumpa.Rindu sangat-sangat.Masa dekat matrik dulu dia la tempat saya luahkan semua perasaan,rahsia,bergurau senda dan semua la..Thats why saya rapat dengan dia.Bila dah jumpa tu memang plan macam-macam la..Nak makan meatball IKEA la macam-macam haha.Ha ni gambar kitorang pergi keluar berjalan-jalan.





Esok tu pula baru Raya Haji..Raya haji ni family dia tak berapa nak celebrate sangat sebab esoknya ada majlis akikah Annur.Anak saudara Khalisha.Actually Annur tu anak kepada sepupu Khalisha.Tapi sepupu dia tinggal sebumbung sebab rumah besar kan.Annur ni comel sangat tau! Umur dia baru setahun setengah.Ha ni gambar raya haji kitorang.Tak banyak sangat pon.


Haa esoknya pula baru la sambut besar-besaran.Majlis akikah Annur..Dekat 200 lebih tetamu juga la yang diorang jemput.Kebanyakannya family yang rapat-rapat dan kawan-kawan.Makanan diorang buat buffet tau.Macam-macam ada...Kalau korang ada kat situ memang rambang mata la.Serious cakap..Ada kambing golek,kek,mashroom soup,char kuey teow,dessert,kuih-muih.haa banyak lagi sebenarnya tapi tak larat nak list banyak-banyak.Nanti kalau list kang meleleh air liur pula haha.Tapi yang sedihnya time ni tak sempat nak ambil gambar sebab busy sangat :( Sedih-sedih..Tapi yang pastinya saya terhutang budi sangat-sangat dekat Khalisha dan family sebab banyak bantu saya.Dekat KL ni diorang dah saya anggap macam family dah.Thanks a Lot!

Haa tu ja la ceritanya.Terima kasih sebab baca entry saya yang tak seberapa ni.Assalamualaikum :)