Showing posts with label Aplikasi komputer. Show all posts
Showing posts with label Aplikasi komputer. Show all posts

Tuesday, 16 December 2014

microsoft access


MICROSOFT ACCESS

Logo Microsoft Access

Assalamualaikum Semua..

Saya nak berkongsi tentang pembelajaran saya dalam kos Aplikasi Komputer..Kami ada belajar tentang Microsoft Access..Ya Allah,masa mula-mula belajar tu memang payah sangat sbb dia banyak sangat step dan elemen yang perlu diingat.Tambah selalu stuck sebab cara buat tak betul..Tambah-tambah Relationship..Ni ha gambar relationship tu..
Relationship

Yang tu ja la..Sebenarnya banyak lagi tapi saya malas nak terang..

Tuesday, 14 October 2014

Microsoft Excel

EXCEL


Assalamualaikum..

Microsoft Exccel ni salah satu bab yang saya perlu belajar dalam Aplikasi Komputer.Nampak senang tapi susah la juga sebab banyak sangat komponen yang perlu ingat.Tapi kalau allert dalam kelas insyaallah boleh buat.

Yang saya risau sangat ni exam.Nanti time exam mid term kitorang perlu buat balik apa yang kitorang belajar dalam kelas. Arghhh! Stress...Kebanyakan komponen yang lecturer ajar dalam kelas saya dah lupa sebenarnya.Ni tak tau macam mana nak jawab nanti.Harap-harap dapat buat.Insyaallah..

Haa satu lagi,buka je cuti mid sem terus exam aplikasi.haaaa...macam mana la ni.Korang semua doakan saya semoga dapat keputusan yang terbaik tau.Kalau boleh 4flat la hee..aminn..Ha okay lah.Terima kasih semua: ) Good night..


Tuesday, 30 September 2014

Aplikasi Komputer

APLIKASI KOMPUTER

Assalamualaikum :)
Hari ni saya nak tulis mengenai salah satu subjek yang saya ambil di UKM iaitu aplikasi komputer.Subjek ni adalah salah satu subjek yang perlu diambil semasa sem 1.Saya tak tahu susah atau tak sebab tak banyak lagi yang saya belajar.Setakat ni okay lagi la.Subjek ni lebih kepada practical daripada teori.Kalau membaca dan menghafal ja korang susah nak faham.Kalau nak cakap pasal nota kuliah haah memang tebal la..Sebab banyak sangat perincian dalam komputer yang korang perlu tahu.Sebab tu la perlu practical.

Sepanjang 4 minggu ni kami hanya perlu buat assignment dan submit dekat ifolio.Ifolio ni boleh dikira sebagai identiti kami dan sebagai  tempat rujukan la.Eh ye ke?ye kot haha saya pon tak pasti.Tapi kebanyakkan assignment perlu di submit ke dalam ifolio.Nota kuliah pun disediakan di dalam ifolio.Eh termelalut pasal ifolio pula.Okay sambung balik pasal aplikasi komputer.Haa satu lagi,sebenarnya blog ni pon salah satu assignment aplikasi komputer.Pensyarah kami yang suruh buat blog ni.Sebelum ni saya tak pandai pun macam mana nak buat blog.Sebabkan belajar aplikasi komputer ni la saya dah pandai.haa tu ja la kut saya nak cerita.Okay la Assalamualaikum semua.