Showing posts with label UKM life. Show all posts
Showing posts with label UKM life. Show all posts

Sunday, 14 December 2014

seharian keluar berjalan

SEHARIAN KELUAR BERJALAN

Assalamualaikum peeps!

Cuaca di Bangi pada petang ni mendung so, saya rasa malas nak pergi mana-mana.Rasa nak duduk dalam bilik ja baring-baring sambil tulis blog.Haa..Sebabkan malas nak keluar saya nak cerita pasal hari yang saya keluar berjalan ja dengan kawan-kawan tanpa memikirkan assignment yang bertimbun.Nak "terobek" balik moment tu.Tu second time kami sewa kereta..First time kami sewa kereta masa kami keluar pergi Alamanda tanpa buat perancangan haha.Ingat nak keluar pergi Mid Valley naik KTM ja..

Okay sambung balik hari yang kami keluar pergi jenjalan seharian tu.Kami merancang nak cari tempat untuk Photoshoot ja..Saja nak bergambar masuk dalam Instagram ja ahaks! Cari punya cari tempat yang cantik last-last jumpa juga tempat iaitu di Setia City Mall,Shah Alam.Punya la jauh kami pilih tempat hanya sebab nak bergambar haha.Memang tak boleh blah! Sejam lebih tau tak nak pergi sana.Tu tak campur dengan sesat lagi.Campur dengan sesat boleh sampai 2 jam.Hahaha..Habis masa dekat jalan ja.Tapi hasil dia memang memuaskan.Tempat dia cantik sangat kalau nak Photoshoot.Tapi yang spoilnya petang tu dekat Shah Alam nak hujan.Kami sempat tangkap gambar sekejap ja.Haa ni gambar-gambar kami...







Haa banyakkan gambar..Actually banyak lagi.Tapi takkan nak letak semua kat sini kan.So,ni gambar-gambar yang cantik ja.Yang lain tu semua tak senonoh dan tak menjadi haha

Lepas ja pergi Setia City Mall ni kami solat,makan semua lepastu kami terus gerak balik Putrajaya.Kami pergi Jambatan Seri Wawasan.Nak tengok jambatan lampu warna-warni.Cantik sangat taw jambatan tu..Ni haa jambatan tu.Sempat juga tangkap beberapa warna.Tangkap gambar warna favourite ja haha.

      

Cantikkan??Haa lepas pergi sini kami pergi dekat roundboard dekat depan Masjid Putra Putrajaya pulak.Nak main permainan yang ada kat situ sambil release tension..Nak kembali ke zaman kanak-kanak balik haha..Best tau main dekat situ.Walaupun orang ramai tapi time main tu tak kisah pun dekat orang sekeliling.Orang lain pun tak pandang kita.Yang lain semua busy dengan family,kawa-kawan,girlfriend,boyfriend diorang.Tu yang best tu...Ni haa gambar dia..

                            


                           
                         

                                 

Haa tu ja gambar-gambarnya..lepas ja main kami terus balik sebab dah lewatkan..Anak dara tak elok balik lewat-lewat malam.Orang cakap tak manis.Aisehh haha..Sampai sini ja ceritanya..Panjang lebar juga noh..Thanks sebab baca blog saya yang tak seberapa ni.Nanti saya update lagi..Assalamualaikum..


Saturday, 13 December 2014

car boot sale

CAR BOOT SALE

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Saya nak beritahu kepada korang tentang satu jualan murah di Pusanika,UKM..Serious murah gila!!!Saya rasa rugi sangat tak pergi ke jualan tu.Jualan tu dipanggil sebagai Car Boot Sale.Dia jual macam-macam kat dalam boot kereta.Antaranya Baju,beg,shawl,bear,accessories gadget,dan banyak lagi la..Iphone 6 2nd pon ada dijual.RM2000 ja..Barang-barang dekat situ semuanya murah-murah taw.Ada yang boleh sampai tahap RM1 taw tak..Baju-baju custom made ada yang dijual RM3,RM5,RM8,RM10.Ya allah..murah sangat tu.

Car Boot Sale ni buka hari ni ja iaitu 13 Disember 2014.Ia dibuka dari pukul 8.00a.m - 3.00p.m kalau tak silap lah.Saya dapat information ni pun dari kawan.Serious rasa rugi sangat.Minta-minta la dia buat lagi bulan depan.Nafsu shopping dah membuak-buak dah ni bila dengar barang murah-murah..Kalau pergi dekat Car Boot Sale ni memang dah boleh beli selori rasanya sebab murah sangat.Tapi tak pa insyaallah bulan depan ka tahun depan ka kalau ada sekali lagi memang saya akan pergi.Ni ha gambar-gambar yang kawan saya share barang-barang yang dijual di Car Boot Sale tu.





Haa kan saya dah cakap murahkan??Mesti korang yang tak pergi ni pun rasa rugikan?Tak paa..Nanti ada lagi kita pergi okay..K la bye assalamualaikum :)

Tuesday, 9 December 2014

kolej ibrahim yaakob


KOLEJ IBRAHIM YAAKOB
(HIGHLANDERS)

Assalamualaikum w.b.t ;)

Kolej Ibrahim Yaakob.Ni la nama kolej yang saya tinggal kat UKM nih.Mesti awaksemua tertanya-tanyakan kenapa ada HIGHLANDERS kat situ kan?Highlanders tu tagline bagi kolej kami sebab kolej kami adalah kolej yang tertinggi kat UKM ni.Kolej atas bukit.Cantik punya pemandangan.Haa dulu pun saya tertanya-tanya juga kenapa letak nama highlanders.Akhirnya terbongkar juga pertanyaan tersebut.Bangga la sebab kolej ni ja yang ada tagline yang smart macam ni.

Tema warna Kolej Ibrahim ni adalah hitam dan kuning.Hitam,Kuning darah ku!Aisehman..haha.First time tengok kawasan kolej ni saya memang tak suka sebabkan atas bukit.Ya la..bayangkan 3 tahun kena naik turun bukit.Fuh tak sanggup! tapi bila dah tinggal kat kolej ni baru lah impression tu bertukar.Seronok sangat taw tinggal kat kolej ni.Pemandangan dari atas bukit memang cantik.Yang paling penting sebab abang-abang senior kat sini hansome-hansome taw haha.Ke situ pula kan.Gatal sesaat tak apa haha.

Saya sayang Kolej saya sangat taw.Ni ha saya belanja pemandangan dekat Kolej Ibrahim Yaakob yang tercinta,tersayang,terhebat,tercantik,ter ter semua la..;D


Ni pemandangan dari atas bukit.
Kolam ikan KIY :)

Ni Station Bas KIY.Cantikkan?Baru ja di cat oleh senior-senior KIY
Okay tu ja.Kalau nak tengok lebih banyak pemandangan kat KIY ni jemputlah datang ke KIY ye haha.Terima Kasih semua kerana membaca blog saya yang tak seberapa nih :)

First Time Menginterview

First Time Menginterview

Assalamualaikum Semua :)

Okay saya nak cerita pasal pengalaman pertama saya menginterview seorang CEO syarikat.Pada 5/12/2014 saya dan ahli kumpulan management saya telah menemuramah seorang CEO dari syarikat IKASURI SDN BHD.Kami telah diberi tugasan untuk mencari seorang pengurus atau pengarah untuk menceritakan tentang latar belakang syarikat dan pengalaman beliau mengendalikan syarikat tersebut.Yang seronoknya saya yang jadi penemuramah CEO tu.Boleh tahan nervous juga.Ya la pertama kali kan.Tapi alhamdulillah semuanya berjaya.Dan hasilnya juga memuaskan.Rasa macam diri ini macam boleh menjadi seorang wartawan yang berjaya pula eh haha.

Kami kenal dengan CEO ni sebab beliau adalah ayah kepada salah seorang daripada ahli kumpulan saya,Sarah.Nasib baik la Sarah ada.Kalau tak terpaksa la mencari kat setiap syarikat hanya untuk menginterview seorang CEO.Dan yang lagi menyebabkan interview ni seronok adalah sebab ayah Sarah tu tersangatlah sporting.Seronok dapat berkerjasama dengan beliau.Beliau seorang yang sangat berdedikasi dan berkaliber.Tak sia-sia buat projek ni.Banyak sangat pengalaman yang saya dapat.Yang paling penting pengalaman sebagai seorang wartawan hee..




Tak Sabar Nak Cuti

TAK SABAR NAK CUTI!!!

Assalamualaikum..

Sekarang dah masuk bulan ke-4.Bulan depan dah cuti sem!! Tak sabarnya nak balik.Dah lama tak balik Penang.Last balik time cuti mid Term hari tu.Hurmm..macam ni la nasib kalau belajar jauh-jauh dari rumah.Nak buat macam manakan,dah nak belajar..mestilah kena berkorban sikit.Takkan nak berkorban sikit pon tak boleh kan.Fikirkan masa depan yang cerah nanti Yana..Jangan menyerah kalah,jangan cepat mengeluh.Harus bangkit!!Final Exam just around the corner!Lepas ja Final Exam,kau boleh balik Yana.Fighting! 

Rindu family sebenarnya.Sangatlah tipu kalau sesiapa cakap yang dia tak rindu family dia kalau study jauh-jauh ni kan.Tapi tak pa aku cekalkan juga hati ni dan terus belajar bersungguh-sungguh untuk mak abah dan jadi seorang usahawan wanita yang BERJAYA dan TERKENAL.Insyaallah..Ameen..

Tuesday, 28 October 2014

exam mid-term

EXAM MID-TERM

Assalamualaikum w.b.t

Exam mid term dh nk dekat..

Tuesday, 14 October 2014

Politik UKM

POLITIK UKM

Assalamualaikum dan salam highlanders  :)

Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa tetiba ja salam highlanders.Haa salam highlanders tu adalah trademark untuk KIYian..Sebabnya Kolej Kami adalah kolej yang paling tertinggi di UKM ni.KIY a.k.a Kolej Ibrahim Yaakob.Actually, saya bangga sangat tau dapat tinggal di kolej ni.Salah satu sebab saya suka kolej ni adalah sebab bekalan air kat sini jarang terputus.Kolej-kolej lain boleh dikatakan selalu juga la tak ada air.Satu lagi yang saya suka KIY ni sebab dapat tengok pemandangan dari atas haa(Haha puji kolej sendiri nampak).

Okay2,balik ke tajuk besar blog ni.Politik UKM.Dalam UKM ni ada 3 parti.Dua parti yang dikira kuat ialah Aspirasi dan Gabungan Mahasiswa.Satu lagi parti tu adalah parti bebas.Kalau ikut politik luar,Aspirasi ni kira kerajaan la.Gabungan Mahasiswa pulak pembangkang.Nak tahu saya undi yang mana??Haha mana boleh..Undi itu rahsia.*peace*

Okay akhir kata buatlah pilihan yang bijak ya kawan-kawan.Sebelum undibtu selidik dulu latar belakang parti tu ye.bye Assalamulaikum..

Tuesday, 23 September 2014

Kawad Hari Malaysia

KAWAD HARI MALAYSIA

Assalamualaikum..
Sebenarnya Hari Malaysia dah lepas dua minggu pun.Tapi saya nak cerita balik tentang sambutan yang UKM jalankan di Stadium pada 17 September 2014.

Setiap kolej ditugaskan untuk mencari wakil untuk pertandingan kawad yang diadakan pada malam tersebut.Kolej saya iaitu Kolej Ibrahim Yaakob telah menghantar 60 orang kontinjen untuk pertandingan tersebut.

Saya tak banyak nak cerita pasal Kawad Hari Malaysia ni.Tapi apa yang penting pertandingan kawad ni best sangat.Tak menyesal saya join.Pertandingan ni memberi semangat "kekolejan" kepada semua yang join pertandingan ni.Walaupun kolej kami tak menang tapi semangat kami tetap tinggi.Okay la nah saya belanja sikit gambar.Selamat menonton: )

Ni la team Kolej Ibrahim Yaakob



Saje nak tunjuk gambar sendiri jugak ;)




Anak-anak Malaysia

Sunday, 21 September 2014

Kem Kelab Aspirasi di Port Dickson

Kem Kelab Aspirasi di Port Dickson

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera :)

Hari ni saya nak menceritakan mengenai aktiviti Kelab Aspirasi yang saya sertai dari 20-21 Sept 2014.Sebenarnya dekat UKM ni banyak kelab yang kita boleh join.Korang boleh pilih kelab apa ja yang korang suka.Korang juga boleh kutip jam merit dengan menyertai pelbagai aktiviti yang mereka anjurkan.Maklumlah..Universiti kan mementingkan jam merit.Okay kita berbalik dengan cerita pasal aktiviti kelab aspirasi.Aktiviti ni seronok sangat tau.Rugi la siapa yang tak sertai.

Okay,first sekali saya akan cerita serba sedikit mengenai Kelab Aspirasi ni.Kelab Aspirasi ini adalah bertujuan untuk mengasah "soft skill" pelajar-pelajar di UKM.Ia juga dapat membentuk sifat kepimpinan dalam diri setiap pelajar.Kelab ini juga akan melahirkan Majlis Eksekutif Pelajar(MEP) di setiap kolej di dan melahirkan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) di UKM.Selain itu,tujuan utama Kelab Aspirasi ini ditubuhkan adalah untuk menyokong visi dan misi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haa panjang lebar saya ceritakan pasal kelab aspirasi kan?Cerita pasal program ni tak masuk pon lagi. Okay kita start cerita.20 Sept 2014,kami telah pergi ke Port Dickson untuk menjalankan aktiviti ni.Aktiviti ni adalah aktiviti yang wajib dibuat pada setiap tahun.Kalau korang nak tau aktiviti macam mana yang diorang jalankan so join la.Kalau saya beritahu kat sini nanti tak surprise la.Seronok sangat aktiviti yang diorang jalankan.Kita akan dapat banyak sangat pengalaman dan cara bagaimana berkomunikasi dengan betul melalui program ni.Korang boleh praktikkan skill yang diorang ajar semasa presantation di dalam kuliah,kelas,semasa temuduga dan sebagainya.Program ni berjalan selama dua hari satu malam.Kami pulang semula ke UKM pada 21 Sept 2014 pada pukul 3.30 p.m.

Ni beberapa gambar yang sempat diambil semasa aktiviti tersebut ;)









Okay sampai disini saja.Terima kasih banyak-banyak kerana telah meluangkan masa membaca blog saya yang tak seberapa ini.Assalamualaikum  :)

Tuesday, 16 September 2014

ukm life

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t  :)

Hai semua..Hari ni saya nak bercerita tentang kehidupan saya di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM),Bangi.Saya baru ja 2 minggu belajar di UKM ni ,jadi tak banyak info yang boleh saya kongsi.Harap maklum :)


Okay,mula-mula ja masuk UKM perkara yang keluar dari mulut adalah "eeii..buruknya banggunan kat UKM ni.Banggunan ni tak siap lagi ke?Betul ke aku nak kena belajar kat sini?".Haa,ni la pandangan saya masa mula-mula datang sini.Tapi,lepas ja belajar kat sini pandangan saya pun berubah 180 °.Haha tak sampai 360° lagi sebab baru ja masukkan.Jadi tak banyak lagi yang saya boleh explore kat UKM ni.Haa nak tau tak UKM ni sebenarnya banyak sejarah penubuhannya.Banggunan ni tak dibaikpulih kerana mereka nak tunjuk kepada semua pelajar bahawa betapa gigihnya orang dulu-dulu bina UKM ni.UKM,bangi ni ditubuhkan pada tahun 1970.Haa dah lama kan UKM ni ditubuhkan.Saya pun tak lahir lagi masa tu.

Haa ada banyak lagi nak cerita tentang UKM ni.UKM ni best sangat tau walaupun berhutan rimba dan berbukit-bukau.Disebabkan UKM ni dalam hutan rimba jadi banyak binatang yang akan korang jumpa.Binatang yang paling popular sekali adalah MONYET.UKM dengan monyet ni tak dapat dipisahkan.Pelajar-pelajar kat sini pun dah biasa dengan monyet-monyet nih.Dah macam kawan pun.Korang jangan risau monyet-monyet UKM ni pun berpendidikan juga tau haha.



Seperti yang korang semua tahu Universiti Kebangsaan Malaysia adalah Research University(RU) dan berada di kedudukan ke-2 diantara kesemua IPTA.Jadi sudah semestinya pelajar - pelajar yang dipilih masuk ke UKM ni adalah pelajar  yang terbaikkan.Oleh sebab itu saya bersyukur sangat-sangat kerana terpilih masuk ke UKM.Saya harap saya akan keluar dari UKM ni dengan segulung ijazah dan dapat buat ibu bapa saya bangga akan pencapaian saya. 

  • Mencapai kejayaan adalah penting, tetapi kesungguhan dalam mencapai kejayaan itu adalah lebih penting