Tuesday, 30 September 2014

Aplikasi Komputer

APLIKASI KOMPUTER

Assalamualaikum :)
Hari ni saya nak tulis mengenai salah satu subjek yang saya ambil di UKM iaitu aplikasi komputer.Subjek ni adalah salah satu subjek yang perlu diambil semasa sem 1.Saya tak tahu susah atau tak sebab tak banyak lagi yang saya belajar.Setakat ni okay lagi la.Subjek ni lebih kepada practical daripada teori.Kalau membaca dan menghafal ja korang susah nak faham.Kalau nak cakap pasal nota kuliah haah memang tebal la..Sebab banyak sangat perincian dalam komputer yang korang perlu tahu.Sebab tu la perlu practical.

Sepanjang 4 minggu ni kami hanya perlu buat assignment dan submit dekat ifolio.Ifolio ni boleh dikira sebagai identiti kami dan sebagai  tempat rujukan la.Eh ye ke?ye kot haha saya pon tak pasti.Tapi kebanyakkan assignment perlu di submit ke dalam ifolio.Nota kuliah pun disediakan di dalam ifolio.Eh termelalut pasal ifolio pula.Okay sambung balik pasal aplikasi komputer.Haa satu lagi,sebenarnya blog ni pon salah satu assignment aplikasi komputer.Pensyarah kami yang suruh buat blog ni.Sebelum ni saya tak pandai pun macam mana nak buat blog.Sebabkan belajar aplikasi komputer ni la saya dah pandai.haa tu ja la kut saya nak cerita.Okay la Assalamualaikum semua.

Monday, 29 September 2014

kawan baru UKM

KAWAN BARU UKM


Assalamualaikum semua :)

Sebenarnya saya tak tahu nak tulis mengenai apa sebenarnya.Otak dah blank sebab banyak sangat buat assignment haha.Disebabkan minggu ni banyak luangkan masa dengan kawan-kawan so saya nak cerita mengenai "kawan UKM" saya.

First skali benda yang paling saya takut kalau belajar kat tempat baru adalah dapat kawan yang perangai buruk,yang tak sekepala,yang suka buat hal sendiri,dapat roomate yang suka mencuri dan macam-macam perangai buruk la..Yang tu yang saya mula-mula fikir.Ya la..Cuba bayangkan kalau kita dapat kawan yang macam tu,hidup kita mesti sengsara punya la.Tak sanggup..Tak sanggup..Siang malam tau berdoa supaya tak dapat kawan yang macam tu.Alhamdulillah..Allah s.w.t telah makbulkan doa saya :) Saya dapat roomate yang baik,penyabar,pandai jaga hati dan dapat kawan-kawan yang supportive dan sekepala.Kalau sesiapa antara kami ada masalah semua akan tolong..Walaupun kami baru je kenal 4 minggu kami dah rapat macam dah kenal bertahun-tahun.Bersyukur sangat-sangat.




Kami semua 9 orang.Semua satu blok dan satu kelas.Kami boleh satu kelas sebab masa nak susun jadual tu kami susun sekali.hehe bijak tak?Bijak kann..haha Okay meh saya perkenalkan sorang-sorang.

Ni nama dia Sofia tapi saya panggil dia Pia.Dia la roomate saya yang comel :)

Nama si ayu ni Lili Dalila.Nama manja dia lili tepung haha ;D

Haa ni la kakak kami semua. Dia lagi tua daripada kami.Hee umur dirahsiakan.Btw,nama "kakak" ni Dayah haha.Ouh haa dayah and lili ni roomates.



Nama dia ni Wana.Dia ni orang Sabahan tapi lahir kat Johor.Antara kami semua dia la yang paling suka perasan haha *just kidding ;D



Hah ni nama dia Sarah.Orang utagha jugak.Sama macam saya hee.Dia pon dari Matrik Selangor.Kami dulu satu lecture hall tapi tak pernah bertegur.Datang UKM terus jadi geng haha

Tuesday, 23 September 2014

Kawad Hari Malaysia

KAWAD HARI MALAYSIA

Assalamualaikum..
Sebenarnya Hari Malaysia dah lepas dua minggu pun.Tapi saya nak cerita balik tentang sambutan yang UKM jalankan di Stadium pada 17 September 2014.

Setiap kolej ditugaskan untuk mencari wakil untuk pertandingan kawad yang diadakan pada malam tersebut.Kolej saya iaitu Kolej Ibrahim Yaakob telah menghantar 60 orang kontinjen untuk pertandingan tersebut.

Saya tak banyak nak cerita pasal Kawad Hari Malaysia ni.Tapi apa yang penting pertandingan kawad ni best sangat.Tak menyesal saya join.Pertandingan ni memberi semangat "kekolejan" kepada semua yang join pertandingan ni.Walaupun kolej kami tak menang tapi semangat kami tetap tinggi.Okay la nah saya belanja sikit gambar.Selamat menonton: )

Ni la team Kolej Ibrahim Yaakob



Saje nak tunjuk gambar sendiri jugak ;)




Anak-anak Malaysia

Sunday, 21 September 2014

Kem Kelab Aspirasi di Port Dickson

Kem Kelab Aspirasi di Port Dickson

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera :)

Hari ni saya nak menceritakan mengenai aktiviti Kelab Aspirasi yang saya sertai dari 20-21 Sept 2014.Sebenarnya dekat UKM ni banyak kelab yang kita boleh join.Korang boleh pilih kelab apa ja yang korang suka.Korang juga boleh kutip jam merit dengan menyertai pelbagai aktiviti yang mereka anjurkan.Maklumlah..Universiti kan mementingkan jam merit.Okay kita berbalik dengan cerita pasal aktiviti kelab aspirasi.Aktiviti ni seronok sangat tau.Rugi la siapa yang tak sertai.

Okay,first sekali saya akan cerita serba sedikit mengenai Kelab Aspirasi ni.Kelab Aspirasi ini adalah bertujuan untuk mengasah "soft skill" pelajar-pelajar di UKM.Ia juga dapat membentuk sifat kepimpinan dalam diri setiap pelajar.Kelab ini juga akan melahirkan Majlis Eksekutif Pelajar(MEP) di setiap kolej di dan melahirkan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) di UKM.Selain itu,tujuan utama Kelab Aspirasi ini ditubuhkan adalah untuk menyokong visi dan misi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haa panjang lebar saya ceritakan pasal kelab aspirasi kan?Cerita pasal program ni tak masuk pon lagi. Okay kita start cerita.20 Sept 2014,kami telah pergi ke Port Dickson untuk menjalankan aktiviti ni.Aktiviti ni adalah aktiviti yang wajib dibuat pada setiap tahun.Kalau korang nak tau aktiviti macam mana yang diorang jalankan so join la.Kalau saya beritahu kat sini nanti tak surprise la.Seronok sangat aktiviti yang diorang jalankan.Kita akan dapat banyak sangat pengalaman dan cara bagaimana berkomunikasi dengan betul melalui program ni.Korang boleh praktikkan skill yang diorang ajar semasa presantation di dalam kuliah,kelas,semasa temuduga dan sebagainya.Program ni berjalan selama dua hari satu malam.Kami pulang semula ke UKM pada 21 Sept 2014 pada pukul 3.30 p.m.

Ni beberapa gambar yang sempat diambil semasa aktiviti tersebut ;)









Okay sampai disini saja.Terima kasih banyak-banyak kerana telah meluangkan masa membaca blog saya yang tak seberapa ini.Assalamualaikum  :)

Tuesday, 16 September 2014

ukm life

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t  :)

Hai semua..Hari ni saya nak bercerita tentang kehidupan saya di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM),Bangi.Saya baru ja 2 minggu belajar di UKM ni ,jadi tak banyak info yang boleh saya kongsi.Harap maklum :)


Okay,mula-mula ja masuk UKM perkara yang keluar dari mulut adalah "eeii..buruknya banggunan kat UKM ni.Banggunan ni tak siap lagi ke?Betul ke aku nak kena belajar kat sini?".Haa,ni la pandangan saya masa mula-mula datang sini.Tapi,lepas ja belajar kat sini pandangan saya pun berubah 180 °.Haha tak sampai 360° lagi sebab baru ja masukkan.Jadi tak banyak lagi yang saya boleh explore kat UKM ni.Haa nak tau tak UKM ni sebenarnya banyak sejarah penubuhannya.Banggunan ni tak dibaikpulih kerana mereka nak tunjuk kepada semua pelajar bahawa betapa gigihnya orang dulu-dulu bina UKM ni.UKM,bangi ni ditubuhkan pada tahun 1970.Haa dah lama kan UKM ni ditubuhkan.Saya pun tak lahir lagi masa tu.

Haa ada banyak lagi nak cerita tentang UKM ni.UKM ni best sangat tau walaupun berhutan rimba dan berbukit-bukau.Disebabkan UKM ni dalam hutan rimba jadi banyak binatang yang akan korang jumpa.Binatang yang paling popular sekali adalah MONYET.UKM dengan monyet ni tak dapat dipisahkan.Pelajar-pelajar kat sini pun dah biasa dengan monyet-monyet nih.Dah macam kawan pun.Korang jangan risau monyet-monyet UKM ni pun berpendidikan juga tau haha.



Seperti yang korang semua tahu Universiti Kebangsaan Malaysia adalah Research University(RU) dan berada di kedudukan ke-2 diantara kesemua IPTA.Jadi sudah semestinya pelajar - pelajar yang dipilih masuk ke UKM ni adalah pelajar  yang terbaikkan.Oleh sebab itu saya bersyukur sangat-sangat kerana terpilih masuk ke UKM.Saya harap saya akan keluar dari UKM ni dengan segulung ijazah dan dapat buat ibu bapa saya bangga akan pencapaian saya. 

  • Mencapai kejayaan adalah penting, tetapi kesungguhan dalam mencapai kejayaan itu adalah lebih penting


Friday, 12 September 2014

Salam Perkenalan :)

Assalamualaikum :)

Setiap dari kita punya kisah hidup yang tersendiri.Oleh itu,saya ingin menceritakan tentang kisah hidup saya.

Hai semua! Saya nak perkenalkan diri saya dahulu.Nama diberi Nurliyana binti Jamaludin.Nama manja di rumah adik na.Kawan-kawan panggil saya liyana atau yana.Umur saya 19 tahun.Haa muda lagi kan hehe.Saya anak bongsu dari 4 orang adik-beradik.Nama pun anak bongsu kan mesti la manja orangnya .Tapi manja dengan orang tertentu ja la..Saya lahir di Penang dan menetap pun di Penang.Anak jati Penang la katakan.

Okay kita cerita pasal "zaman sekolah" pula.Saya mulakan zaman persekolahan di Tadika Bakau Tua masa umur 6 tahun.Darjah 1 hingga 6 saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam.Semasa di tingkatan 1 saya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh(SBP) Kampung Selamat.Tapi saya pergi ke sekolah tu 3 hari ja sebab homesick kan tinggal kat asrama.Tak tahan sebab sekolah tu tersangat lah "selamat" haha.Selepas itu saya mendaftar masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Labu dari tingkatan 1 sampai la tingkatan 5..Alhamdulillah dengan keputusan SPM yang tak seberapa tu dapat juga saya masuk ke Kolej Matrikulasi Selangor dengan jurusan perakaunan..

Haa jauhkan saya merantau.Dari Utara ke Selatan.Nun jauh tercampak.Nak buat macam mana kan dah rezeki..Setahun ja belajar kat matrikulasi tu..Alhamdulillah dapat banyak sangat pengalaman,dapat belajar cara berdikari,dapat kenal ramai orang,dapat tahu cara macam mana nak berkomunikasi,presantation dan assignment. haa macam-macam la..Kira macam praUniversiti la.

Dan sekarang baru umur 19 tahun saya dah pun dapat menyambungkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)dengan jurusan Ijazah Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi.Bersyukur sangat-sangat kerana Allah s.w.t permudahkan segalanya..Masuk sahaja ke UKM ni saya bertekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi usahawan wanita yang berjaya dan terkenal.Insyaallah..

Hahh penat menaip panjang-panjang.Okey la sampai disini sahaja tentang diri saya.Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa :) Nanti saya tulis lagi okay.Assalamualaikum. Alooohaa!!