Tuesday, 16 September 2014

ukm life

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t  :)

Hai semua..Hari ni saya nak bercerita tentang kehidupan saya di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM),Bangi.Saya baru ja 2 minggu belajar di UKM ni ,jadi tak banyak info yang boleh saya kongsi.Harap maklum :)


Okay,mula-mula ja masuk UKM perkara yang keluar dari mulut adalah "eeii..buruknya banggunan kat UKM ni.Banggunan ni tak siap lagi ke?Betul ke aku nak kena belajar kat sini?".Haa,ni la pandangan saya masa mula-mula datang sini.Tapi,lepas ja belajar kat sini pandangan saya pun berubah 180 °.Haha tak sampai 360° lagi sebab baru ja masukkan.Jadi tak banyak lagi yang saya boleh explore kat UKM ni.Haa nak tau tak UKM ni sebenarnya banyak sejarah penubuhannya.Banggunan ni tak dibaikpulih kerana mereka nak tunjuk kepada semua pelajar bahawa betapa gigihnya orang dulu-dulu bina UKM ni.UKM,bangi ni ditubuhkan pada tahun 1970.Haa dah lama kan UKM ni ditubuhkan.Saya pun tak lahir lagi masa tu.

Haa ada banyak lagi nak cerita tentang UKM ni.UKM ni best sangat tau walaupun berhutan rimba dan berbukit-bukau.Disebabkan UKM ni dalam hutan rimba jadi banyak binatang yang akan korang jumpa.Binatang yang paling popular sekali adalah MONYET.UKM dengan monyet ni tak dapat dipisahkan.Pelajar-pelajar kat sini pun dah biasa dengan monyet-monyet nih.Dah macam kawan pun.Korang jangan risau monyet-monyet UKM ni pun berpendidikan juga tau haha.



Seperti yang korang semua tahu Universiti Kebangsaan Malaysia adalah Research University(RU) dan berada di kedudukan ke-2 diantara kesemua IPTA.Jadi sudah semestinya pelajar - pelajar yang dipilih masuk ke UKM ni adalah pelajar  yang terbaikkan.Oleh sebab itu saya bersyukur sangat-sangat kerana terpilih masuk ke UKM.Saya harap saya akan keluar dari UKM ni dengan segulung ijazah dan dapat buat ibu bapa saya bangga akan pencapaian saya. 

  • Mencapai kejayaan adalah penting, tetapi kesungguhan dalam mencapai kejayaan itu adalah lebih penting


No comments:

Post a Comment