Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera :)
Hari ni saya nak menceritakan mengenai aktiviti Kelab Aspirasi yang saya sertai dari 20-21 Sept 2014.Sebenarnya dekat UKM ni banyak kelab yang kita boleh join.Korang boleh pilih kelab apa ja yang korang suka.Korang juga boleh kutip jam merit dengan menyertai pelbagai aktiviti yang mereka anjurkan.Maklumlah..Universiti kan mementingkan jam merit.Okay kita berbalik dengan cerita pasal aktiviti kelab aspirasi.Aktiviti ni seronok sangat tau.Rugi la siapa yang tak sertai.
Okay,first sekali saya akan cerita serba sedikit mengenai Kelab Aspirasi ni.Kelab Aspirasi ini adalah bertujuan untuk mengasah "soft skill" pelajar-pelajar di UKM.Ia juga dapat membentuk sifat kepimpinan dalam diri setiap pelajar.Kelab ini juga akan melahirkan Majlis Eksekutif Pelajar(MEP) di setiap kolej di dan melahirkan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) di UKM.Selain itu,tujuan utama Kelab Aspirasi ini ditubuhkan adalah untuk menyokong visi dan misi Universiti Kebangsaan Malaysia.
Haa panjang lebar saya ceritakan pasal kelab aspirasi kan?Cerita pasal program ni tak masuk pon lagi. Okay kita start cerita.20 Sept 2014,kami telah pergi ke Port Dickson untuk menjalankan aktiviti ni.Aktiviti ni adalah aktiviti yang wajib dibuat pada setiap tahun.Kalau korang nak tau aktiviti macam mana yang diorang jalankan so join la.Kalau saya beritahu kat sini nanti tak surprise la.Seronok sangat aktiviti yang diorang jalankan.Kita akan dapat banyak sangat pengalaman dan cara bagaimana berkomunikasi dengan betul melalui program ni.Korang boleh praktikkan skill yang diorang ajar semasa presantation di dalam kuliah,kelas,semasa temuduga dan sebagainya.Program ni berjalan selama dua hari satu malam.Kami pulang semula ke UKM pada 21 Sept 2014 pada pukul 3.30 p.m.
Ni beberapa gambar yang sempat diambil semasa aktiviti tersebut ;)
Okay sampai disini saja.Terima kasih banyak-banyak kerana telah meluangkan masa membaca blog saya yang tak seberapa ini.Assalamualaikum :)

No comments:
Post a Comment