Friday, 12 September 2014

Salam Perkenalan :)

Assalamualaikum :)

Setiap dari kita punya kisah hidup yang tersendiri.Oleh itu,saya ingin menceritakan tentang kisah hidup saya.

Hai semua! Saya nak perkenalkan diri saya dahulu.Nama diberi Nurliyana binti Jamaludin.Nama manja di rumah adik na.Kawan-kawan panggil saya liyana atau yana.Umur saya 19 tahun.Haa muda lagi kan hehe.Saya anak bongsu dari 4 orang adik-beradik.Nama pun anak bongsu kan mesti la manja orangnya .Tapi manja dengan orang tertentu ja la..Saya lahir di Penang dan menetap pun di Penang.Anak jati Penang la katakan.

Okay kita cerita pasal "zaman sekolah" pula.Saya mulakan zaman persekolahan di Tadika Bakau Tua masa umur 6 tahun.Darjah 1 hingga 6 saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam.Semasa di tingkatan 1 saya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh(SBP) Kampung Selamat.Tapi saya pergi ke sekolah tu 3 hari ja sebab homesick kan tinggal kat asrama.Tak tahan sebab sekolah tu tersangat lah "selamat" haha.Selepas itu saya mendaftar masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Labu dari tingkatan 1 sampai la tingkatan 5..Alhamdulillah dengan keputusan SPM yang tak seberapa tu dapat juga saya masuk ke Kolej Matrikulasi Selangor dengan jurusan perakaunan..

Haa jauhkan saya merantau.Dari Utara ke Selatan.Nun jauh tercampak.Nak buat macam mana kan dah rezeki..Setahun ja belajar kat matrikulasi tu..Alhamdulillah dapat banyak sangat pengalaman,dapat belajar cara berdikari,dapat kenal ramai orang,dapat tahu cara macam mana nak berkomunikasi,presantation dan assignment. haa macam-macam la..Kira macam praUniversiti la.

Dan sekarang baru umur 19 tahun saya dah pun dapat menyambungkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)dengan jurusan Ijazah Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi.Bersyukur sangat-sangat kerana Allah s.w.t permudahkan segalanya..Masuk sahaja ke UKM ni saya bertekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi usahawan wanita yang berjaya dan terkenal.Insyaallah..

Hahh penat menaip panjang-panjang.Okey la sampai disini sahaja tentang diri saya.Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa :) Nanti saya tulis lagi okay.Assalamualaikum. Alooohaa!!

No comments:

Post a Comment