Tuesday, 16 December 2014

microsoft access


MICROSOFT ACCESS

Logo Microsoft Access

Assalamualaikum Semua..

Saya nak berkongsi tentang pembelajaran saya dalam kos Aplikasi Komputer..Kami ada belajar tentang Microsoft Access..Ya Allah,masa mula-mula belajar tu memang payah sangat sbb dia banyak sangat step dan elemen yang perlu diingat.Tambah selalu stuck sebab cara buat tak betul..Tambah-tambah Relationship..Ni ha gambar relationship tu..
Relationship

Yang tu ja la..Sebenarnya banyak lagi tapi saya malas nak terang..

resepi cheesy egg bread

RESEPI : CHEESY EGG BREAD

Assalamualaikum Peeps..

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda satu resepi..Resepi ni rare tapi Insyaallah sedap.Saya pun baru jumpa resepi ni..First tengok..Ya Allah terliur kut..Senang sangat cara pembuatannya.Bahan -bahan dia pun senang nak dapat..Anda bolehlah mencuba dirumah.Selamat mencuba :)


Bahan-bahan :
- Roti Gardenia (ikut suka anda nak guna roti jenama apa pon ye..)
- Telur
- Chedar Cheese

1) Potong secara petak di bahagian dalam roti tersebut tetapi jangan sampai tembus di             bahagian belakangnya.
2)Tekan bahagian yang dipotong tadi dengan sudu.
3) Masukkan sebiji telur ke dalam bahagian tadi.
4) Taburkan Chedar cheese di keliling telur tersebut.
5) Masukkan ke dalam oven yang bersuhu 80 C
6) Okay Done! Boleh dihidang untuk dimakan bersama orang yang tersayang :)



Sunday, 14 December 2014

my precious

MY PRECIOUS

Assalamualaikum kawan-kawan ;)

Sebab saya rindu saya nak post tentang orang yang sangat berharga dalam hidup saya iaitu keluarga saya..Dah lama tak jumpa..Tapi nasib baik zaman sekarang dah maju..Boleh berskype,berwechat,berwhatssap dengan family.Kalau tak,mau tak homesick duduk sini.Ya la tak berhubung langsung.Nak melepaskan rindu pun tak boleh..Haiss tak boleh bayangkan >,< 

Orang yang paling saya rindu mesti la mak abah..Tanpa mereka siapalah saya..Lepas mak abah,orang yang saya paling rindu adalah my child fruit haha..Ya la..dah jadi maksu kan..mesti la rindu anak buahnya..Tak boleh tengok dia membesar depan mata.Bila video call ja mesti orang kedua yang akan cari adalah dia,si kecil Medina..Lepas dia baru la kakak-kakak,abang dan abang ipar hahaha..Hari tu saya dah ceritakan yang saya ni anak bongsu dari 4 orang adik-beradik.Masa post yang firsttt skali tu haa..

Okay lah ni saya tunjuk gambar-gambar my precious..Gambar mesti la perlu adakan..Kalau tak, tak best la baca blog ja kan..Ni ha..Tengoklah family saya yang cantik-cantik dan hensem-hensem nih..

Incomplete :'( Abang saya tak ada..Time ni dia tak balik rumah sebab ada exam.Medina pun tak ada sebab tak lahir lagi hehe


Tu haa abang saya yang tengah pegang Medina tu..Dia la satu-satunya abang saya..


Kakak saya,Abang ipar dan Medina :)

Okay dah Complete Happy Family..Terima Kasih semua kerana membaca :)


Cara Pakai Shawl Labuh TerBARU

TIPS : CARA MEMAKAI SHAWL LABUH

ASSALAMUALAIKUM W.B.T SEMUA..
 Sebagai seorang muslimah hendak diketahui bahawa menutup aurat itu adalah wajib bagi mereka yang telah baligh.Aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan.Berikut adalah dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w sebagai panduan kita bersama.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tutorial memakai shawl labuh.Saya tahu diluar sana mesti ramai yang mahu nampak cantik dan bergayakan?Ramai orang cakap "Alaa..kalau pakai tudung labuh tak cantik la.." Siapa kata pakai tudung labuh tak cantik??Lagi cantik ada la..Sejuk mata memandang..Lelaki kalau nak cari isteri dia akan cari wanita yang solehah dan menjaga auratnya..Jadi bagi wanita diluar sana dan saya sendiri jomlah kita berhijrah ke arah kebaikan.Masih belum terlambat..Baiklah hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tutorial memakai shawl labuh.Dalam video ni dia pakai Shawl Medina Hijab.Tapi kalau korang nak pakai shawl lain pun tak apa.Asal bidang besar.Selamat Mencuba :)





seharian keluar berjalan

SEHARIAN KELUAR BERJALAN

Assalamualaikum peeps!

Cuaca di Bangi pada petang ni mendung so, saya rasa malas nak pergi mana-mana.Rasa nak duduk dalam bilik ja baring-baring sambil tulis blog.Haa..Sebabkan malas nak keluar saya nak cerita pasal hari yang saya keluar berjalan ja dengan kawan-kawan tanpa memikirkan assignment yang bertimbun.Nak "terobek" balik moment tu.Tu second time kami sewa kereta..First time kami sewa kereta masa kami keluar pergi Alamanda tanpa buat perancangan haha.Ingat nak keluar pergi Mid Valley naik KTM ja..

Okay sambung balik hari yang kami keluar pergi jenjalan seharian tu.Kami merancang nak cari tempat untuk Photoshoot ja..Saja nak bergambar masuk dalam Instagram ja ahaks! Cari punya cari tempat yang cantik last-last jumpa juga tempat iaitu di Setia City Mall,Shah Alam.Punya la jauh kami pilih tempat hanya sebab nak bergambar haha.Memang tak boleh blah! Sejam lebih tau tak nak pergi sana.Tu tak campur dengan sesat lagi.Campur dengan sesat boleh sampai 2 jam.Hahaha..Habis masa dekat jalan ja.Tapi hasil dia memang memuaskan.Tempat dia cantik sangat kalau nak Photoshoot.Tapi yang spoilnya petang tu dekat Shah Alam nak hujan.Kami sempat tangkap gambar sekejap ja.Haa ni gambar-gambar kami...







Haa banyakkan gambar..Actually banyak lagi.Tapi takkan nak letak semua kat sini kan.So,ni gambar-gambar yang cantik ja.Yang lain tu semua tak senonoh dan tak menjadi haha

Lepas ja pergi Setia City Mall ni kami solat,makan semua lepastu kami terus gerak balik Putrajaya.Kami pergi Jambatan Seri Wawasan.Nak tengok jambatan lampu warna-warni.Cantik sangat taw jambatan tu..Ni haa jambatan tu.Sempat juga tangkap beberapa warna.Tangkap gambar warna favourite ja haha.

      

Cantikkan??Haa lepas pergi sini kami pergi dekat roundboard dekat depan Masjid Putra Putrajaya pulak.Nak main permainan yang ada kat situ sambil release tension..Nak kembali ke zaman kanak-kanak balik haha..Best tau main dekat situ.Walaupun orang ramai tapi time main tu tak kisah pun dekat orang sekeliling.Orang lain pun tak pandang kita.Yang lain semua busy dengan family,kawa-kawan,girlfriend,boyfriend diorang.Tu yang best tu...Ni haa gambar dia..

                            


                           
                         

                                 

Haa tu ja gambar-gambarnya..lepas ja main kami terus balik sebab dah lewatkan..Anak dara tak elok balik lewat-lewat malam.Orang cakap tak manis.Aisehh haha..Sampai sini ja ceritanya..Panjang lebar juga noh..Thanks sebab baca blog saya yang tak seberapa ni.Nanti saya update lagi..Assalamualaikum..


Saturday, 13 December 2014

tips untuk bercakap di khalayak ramai dengan penuh keyakinan

TIPS : UNTUK BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI DENGAN PENUH KEYAKINAN


Tip #1
Berdiri di depan sebuah cermin yang paling besar di rumah anda. Dan cermin itu boleh lihat seluruh tubuh anda, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kemudian, pejamkan mata anda. Tenangkan fikiran, tarik nafas panjang beberapa kali.
Bayangkan, anda sedang berdiri di dalam sebuah dewan, di depan 1200 orang. Semua orang di dewan itu sedang memerhatikan anda. Suasana agak sunyi kerana semua orang sedang menunggu anda sedang bercakap.
Cuba anda sedari, apakah perasaan anda ketika itu? Cuba sedari, adakah anda rasa lutut anda lemah? Adakah anda rasa perut anda memulas? Adakah anda rasa jari anda mula menggeletar?
Anda perlu bayangkan situasi berada di dalam dewan tadi dengan jelas. Jika anda tidak lakukan dengan serius, anda tidak akan tahu apa yang anda rasa, dan anda tidak akan tahu bagaimana cara untuk memajukan diri anda.
Tip #2
Untuk bercakap dengan yakin di depan orang ramai, anda perlu berdiri seperti orang yang merasa benar-benar yakin. Juga, jangan berdiri seperti orang yang sedang berdebar dan gementar.
Tip #3
Buka mata anda dan lihat disekeliling anda. Cari peluang melihat orang professional berucap. Perhatikan cara mereka. Anda boleh lihat cara orang berucap di televisyen. Anda boleh lihat di sekolah. Jika sudah bekerja, anda boleh melihat di tempat kerja atau di tempat anda berkursus.
Semasa memerhatikan mereka berucap, bayangkan anda sedang berucap seperti mereka. Ini sangat penting! Bayangkan yang anda sedang berucap dengan hebat seperti mereka.


Tip #4
Setelah anda tahu bahawa cara anda bernafas akan mempengaruhi apa yang anda rasa, anda perlu belajar cara bernafas yang boleh membuat anda rasa lebih tenang. Secara mudahnya, anda akan merasa tenang jika anda menarik nafas panjang.
Cuba latihan ini, tarik nafas anda selama 7 saat perlahan-lahan….. kemudian, tahan nafas anda selama 7 saat….dan lepaskan nafas anda perlahan-lahan selama 7 saat juga…… di masa yang sama, kosongkan fikiran anda. Maksudnya, jangan fikir tentang apa-apa….. cuba beberapa kali.
Jadi, setiap kali anda mahu bercakap dikhalayak ramai, mulakan dengan menarik nafas yang dalam dan panjang. Perhatikan juga cara anda bernafas semasa anda berucap. JIka anda rasa gugup semasa berucap, perbetulkan cara anda bernafas. Anda akan berucap dengan lebih baik. Perhatikan juga kelajuan anda bercakap. Jika anda bercakap terlalu laju, mungkin anda juga sedang bernafas dengan laju. Jadi, perlahankan. Kawal semula pernafasan anda dan tingkatkan rasa keyakinan diri anda semasa berucap.
Tip #5
Tips yang seterusnya ialah, keluarkan suara anda ketika anda sedang bercakap dikhalayak ramai.
 Sebenarnya, jika anda rasa berdebar dan gementar sewaktu berada di khalayak ramai, anda mungkin tidak akan mengeluarkan suara anda dengan betul. Maksudnya, anda akan bercakap dengan suara yang perlahan. Ini disebabkan anda merasa kurang yakin dengan diri anda dan anda risau jika anda membuat kesilapan semasa anda sedang bercakap.

Tip #6
Tips ini saya nak suruh anda buat sesuatu yang pelik sedikit. Saya mahu anda cari sebatang pokok (yang hidup atau mati, yang besar atau kecil.)
Berdiri mengadap pokok tersebut…. dan…. cuba bercakap dengan pokok tersebut……
Cuba bercakap dengan nada yang menarik, naik dan turun….. cuba buat memek muka yang menarik…. adakah anda rasa malu jika anda lakukan perkara tersebut.
(Tips: jangan lakukan perkara ini apabila ada orang disekeliling anda. Nanti orang ingat anda gila…   )
Tip #7
Soalan utama saya untuk tips semalam…… apakah perasaan anda bila bercakap dengan sesuatu yang tidak memberi reaksi atau maklum balas kepada anda?
Walau sehebat mana pun ucapan anda, anda pasti rasa bosan dan tidak selesa jika bercakap dengan sesuatu yang tidak memberi reaksi kan?
Mesej saya disini ialah, walaupun anda mungkin tidak akan bercakap dengan pokok, anda mungkin bercakap dikhalayak ramai seperti anda anda sedang bercakap dengan pokok! Bagaimana pula?
Apabila anda bercakap dikhalayak ramai, jika anda seorang sahaja yang bercakap tanpa maklum balas dan reaksi daripada penonton, anda umpama bercakap dengan pokok. ia juga dinamakan bercakap satu hala.

Tip #8
Untuk menarik perhatian pendengar,anda boleh fikirkan tentang satu fakta menarik dan anda mulakan ucapan anda dengan soalan berkenaan fakta itu.
Jadi, sebelum memulakan ucapan anda, baca buku, majalah, artikel atau apa-apa bahan bacaan menarik yang boleh dikongsikan bersama pendengar anda. Kongsikan fakta tersebut dalam bentuk soalan yang menarik.
Tip #9
Tips untuk bercakap dikhalayak ramai yang seterusnya ialah kawal pergerakan anda. Jika anda perhatikan, seseorang yang sedang bercakap dikhalayak ramai mempunyai banyak gaya pergerakan. Namun, anda boleh tahu sama ada pergerakan itu menunjukkan beliau sedang berdebar atau rasa tidak yakin.
Jadi, mulai sekarang, perhatikan pergerakan anda semasa berucap. Anda akan sedar mana-mana pergerakan yang tidak kena dan tidak sesuai dengan mesej yang anda cuba sampaikan. Apabila anda sedar akan pergerakan ini, anda akan rasa lebih mudah untuk menghentikannya.

Tip #10
Tips untuk hari ini ialah, bayangkan kesudahan yang menggembirakan. Walau sebelum anda mula berucap, di minda anda sudah bermain bermacam-macam fikiran mengenai ucapan anda itu. Adakah pendengar akan suka ucapan anda? Adakah anda akan kelihatan bodoh di hadapan orang ramai?Jadi berhenti memikirkan perkara yang negatif.Anda hanya perlu memikirkan perkara yang positif sahaja.
Tip #11
Ini adalah tips terakhir yang akan saya kongsikan berkenaan bercakap dikhalayak ramai. Tips hari ini ialah, berlakon seolah-olah anda sudah berpengalaman bercakap di depan khalayak ramai dan berlakon seolah-olah anda sangat yakin untuk berucap..
Selamat mencuba.
Tahniah!!
Tahniah kerana anda telah membaca kesemua tips-tips untuk bercakap dikhalayak ramai.
Jangan risau jika anda masih merasa berdebar dan takut semasa hendak bercakap di khalayak ramai. Perasaan itu adalah normal. Saya ucapkan selamat mencuba dan selamat berjaya!

car boot sale

CAR BOOT SALE

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Saya nak beritahu kepada korang tentang satu jualan murah di Pusanika,UKM..Serious murah gila!!!Saya rasa rugi sangat tak pergi ke jualan tu.Jualan tu dipanggil sebagai Car Boot Sale.Dia jual macam-macam kat dalam boot kereta.Antaranya Baju,beg,shawl,bear,accessories gadget,dan banyak lagi la..Iphone 6 2nd pon ada dijual.RM2000 ja..Barang-barang dekat situ semuanya murah-murah taw.Ada yang boleh sampai tahap RM1 taw tak..Baju-baju custom made ada yang dijual RM3,RM5,RM8,RM10.Ya allah..murah sangat tu.

Car Boot Sale ni buka hari ni ja iaitu 13 Disember 2014.Ia dibuka dari pukul 8.00a.m - 3.00p.m kalau tak silap lah.Saya dapat information ni pun dari kawan.Serious rasa rugi sangat.Minta-minta la dia buat lagi bulan depan.Nafsu shopping dah membuak-buak dah ni bila dengar barang murah-murah..Kalau pergi dekat Car Boot Sale ni memang dah boleh beli selori rasanya sebab murah sangat.Tapi tak pa insyaallah bulan depan ka tahun depan ka kalau ada sekali lagi memang saya akan pergi.Ni ha gambar-gambar yang kawan saya share barang-barang yang dijual di Car Boot Sale tu.





Haa kan saya dah cakap murahkan??Mesti korang yang tak pergi ni pun rasa rugikan?Tak paa..Nanti ada lagi kita pergi okay..K la bye assalamualaikum :)

Tuesday, 9 December 2014

Senyuman

Senyuman



Saya tak KAYA sebab tu ALLAH 
bagi saya sebuah SENYUMAN
supaya saya boleh SEDEKAH..
Baikkan ALLAH tu..
Sentiasa bagi kita peluang
untuk buat AMAL dan PAHALA!!

Hanya dengan sebuah senyuman dapat
membuatkan saya Bahagia,
Hanya dengan sebuah senyuman
yang memberikan saya Harapan,
Hanya dengan sebuah senyuman
yang membuatkan saya rasa
lebih tenang,
Hanya dengan sebuah senyuman..



makanan yang wajib dimakan jika berada di penang

MAKANAN YANG WAJIB DIMAKAN JIKA BERADA DI PENANG

Assalamualaikum semua..

Haa sebut pasal makanan mesti ramai yang dah terliurkan?Simpan dulu air liur tu untuk gambar-gambar yang saya nak share nanti haha.Seperti mana yang korang tahu,Penang adalah tempat yang paling popular dengan makanan yang sedap-sedapkan.Kalau korang pergi bercuti di Penang,korang diwajibkan makan makanan yang ada di Penang.Kalau tak makan korang akan tersangatlah rugi.

Okay meh saya share makanan yang korang patut makan kalau berada di Penang.Sedap-sedap tau.Tak rugi..

Char Kuey Teow Penang

Laksa Penang

Nasi Kandaq

Pasemboq

Jubah Jeans Day

JUBAH JEANS DAY

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Saya saja nak share gambar-gambar saya sebenarnya hee..Sebabkan kami suka bergambar so tak tau nak simpan mana gambar-gambar tu.Jadi saya nak share dekat blog ni.Lagi pun blog ni dah macam diari saya.Saya suka! >,<


20 Senaman Punggung dan Peha



Tips:Senaman Untuk Kuruskan Badan

Assalamualaikum semua,
Hari ni saya akan berkongsi kepada anda semua senaman mengecilkan paha dan punggung.Saya tahu di luar sana mesti ramai yang tidak selesa dan tidak berkeyakinan jika mempunyai paha dan punggung yang besarkan?Okay anda boleh mencuba 20 jenis senaman ini yang anda boleh lakukan dimana-mana tanpa alat yang canggih.Insyaallah jika anda bersenam secara konsisten dan mengamalkan makan makanan yang seimbang anda akan mendapat bentuk badan yang anda ingini.Video ini saya ambil dari link Kevin Zahari.Selamat menonton :)





Saya doakan anda semua dan saya juga berjaya mendapatkan bentuk badan yang kita ingini.Ameen..Selamat mencuba :)

Resepi Creampuff!

Resepi CREAMPUFF!

Assalamualaikum semua!!
Hari ni saya nak kongsikan resepi membuat Creampuff.Siapa yang suka makan creampuff tu sila la buat ye.Senang dan mudah ja nak buat creampuff ni.Di bawah ni saya tunjukkan step-by-step.Selamat mencuba :)

CREAM PUFF
by : Yani
100ml air 

45g butter-suhu bilik, potong 1cm 
60g tepung gandum- diayak 
2 biji telur(100g)
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter 
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
Tepung gandum di ayak 
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
  4. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur. 

Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. 
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 


CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.





terima kasih

TERIMA KASIH!!




Saya nak ucap Terima Kasih yang membaca Blog saya.Saya sangat menghargai.. ;)