Tuesday, 9 December 2014

First Time Menginterview

First Time Menginterview

Assalamualaikum Semua :)

Okay saya nak cerita pasal pengalaman pertama saya menginterview seorang CEO syarikat.Pada 5/12/2014 saya dan ahli kumpulan management saya telah menemuramah seorang CEO dari syarikat IKASURI SDN BHD.Kami telah diberi tugasan untuk mencari seorang pengurus atau pengarah untuk menceritakan tentang latar belakang syarikat dan pengalaman beliau mengendalikan syarikat tersebut.Yang seronoknya saya yang jadi penemuramah CEO tu.Boleh tahan nervous juga.Ya la pertama kali kan.Tapi alhamdulillah semuanya berjaya.Dan hasilnya juga memuaskan.Rasa macam diri ini macam boleh menjadi seorang wartawan yang berjaya pula eh haha.

Kami kenal dengan CEO ni sebab beliau adalah ayah kepada salah seorang daripada ahli kumpulan saya,Sarah.Nasib baik la Sarah ada.Kalau tak terpaksa la mencari kat setiap syarikat hanya untuk menginterview seorang CEO.Dan yang lagi menyebabkan interview ni seronok adalah sebab ayah Sarah tu tersangatlah sporting.Seronok dapat berkerjasama dengan beliau.Beliau seorang yang sangat berdedikasi dan berkaliber.Tak sia-sia buat projek ni.Banyak sangat pengalaman yang saya dapat.Yang paling penting pengalaman sebagai seorang wartawan hee..




No comments:

Post a Comment