Sunday, 14 December 2014

Cara Pakai Shawl Labuh TerBARU

TIPS : CARA MEMAKAI SHAWL LABUH

ASSALAMUALAIKUM W.B.T SEMUA..
 Sebagai seorang muslimah hendak diketahui bahawa menutup aurat itu adalah wajib bagi mereka yang telah baligh.Aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan.Berikut adalah dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w sebagai panduan kita bersama.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tutorial memakai shawl labuh.Saya tahu diluar sana mesti ramai yang mahu nampak cantik dan bergayakan?Ramai orang cakap "Alaa..kalau pakai tudung labuh tak cantik la.." Siapa kata pakai tudung labuh tak cantik??Lagi cantik ada la..Sejuk mata memandang..Lelaki kalau nak cari isteri dia akan cari wanita yang solehah dan menjaga auratnya..Jadi bagi wanita diluar sana dan saya sendiri jomlah kita berhijrah ke arah kebaikan.Masih belum terlambat..Baiklah hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tutorial memakai shawl labuh.Dalam video ni dia pakai Shawl Medina Hijab.Tapi kalau korang nak pakai shawl lain pun tak apa.Asal bidang besar.Selamat Mencuba :)





No comments:

Post a Comment