Tuesday, 9 December 2014

Resepi Creampuff!

Resepi CREAMPUFF!

Assalamualaikum semua!!
Hari ni saya nak kongsikan resepi membuat Creampuff.Siapa yang suka makan creampuff tu sila la buat ye.Senang dan mudah ja nak buat creampuff ni.Di bawah ni saya tunjukkan step-by-step.Selamat mencuba :)

CREAM PUFF
by : Yani
100ml air 

45g butter-suhu bilik, potong 1cm 
60g tepung gandum- diayak 
2 biji telur(100g)
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter 
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
Tepung gandum di ayak 
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
  4. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur. 

Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. 
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 


CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.





terima kasih

TERIMA KASIH!!




Saya nak ucap Terima Kasih yang membaca Blog saya.Saya sangat menghargai.. ;)


life goes on

LIFE GOES ON..

Whether you choose to move on and
Take a chance in the unknown.
Or stay behind,locked in the past,
Thinking of what could've been.




child fruit

CHILD FRUIT :)



Assalamualaikum sebagai pembuka bicara,
Untuk menunjukkan sikap yang berbudi bahasa,
Child Fruit adalah tajuk yang muncul di kepala,
Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Haa berpantun gitu.Pantun tu sebagai hadiah saya kepada anda semua yang membaca.Eh ada ke orang yang baca?Haha tak kisah asalkan hati happy.Okay saya nak cerita pasal anak buah saya sebenarnya.Saya ada seorang ja anak buah.Nama sicomel tu Aimi Medina binti Mohammad Akmal.Maksud nama dia adalah Kota Madinah yang Bergemerlapan.Haa cantikkan maksud nama tu.Actually,nama Aimi tu saya yang bagi.Medina tu makayah dia yang bagi.Haa gabungan yang mantap kan.Medina ni anak kepada kak saya dan abang ipar saya.

Umur dia baru masuk 5 bulan.Hari ni baru dia mula makan bubur.Tapi saya dah sebulan tak jumpa dia.Rinduu!!Balik nanti mesti dia dah tak kenal maksu dia ni.Sedih :'( Tapi tak pa lepas digomoi-gomoi dan di cubit-cubit pipi mesti dia akan kenal balik maksu dia yang comel ni eh haha.Tak guna cerita panjang lebar kalau tak tengok si comel tu kan.Okay okay nah saya tunjuk gambar dia.





Okay bye..

kolej ibrahim yaakob


KOLEJ IBRAHIM YAAKOB
(HIGHLANDERS)

Assalamualaikum w.b.t ;)

Kolej Ibrahim Yaakob.Ni la nama kolej yang saya tinggal kat UKM nih.Mesti awaksemua tertanya-tanyakan kenapa ada HIGHLANDERS kat situ kan?Highlanders tu tagline bagi kolej kami sebab kolej kami adalah kolej yang tertinggi kat UKM ni.Kolej atas bukit.Cantik punya pemandangan.Haa dulu pun saya tertanya-tanya juga kenapa letak nama highlanders.Akhirnya terbongkar juga pertanyaan tersebut.Bangga la sebab kolej ni ja yang ada tagline yang smart macam ni.

Tema warna Kolej Ibrahim ni adalah hitam dan kuning.Hitam,Kuning darah ku!Aisehman..haha.First time tengok kawasan kolej ni saya memang tak suka sebabkan atas bukit.Ya la..bayangkan 3 tahun kena naik turun bukit.Fuh tak sanggup! tapi bila dah tinggal kat kolej ni baru lah impression tu bertukar.Seronok sangat taw tinggal kat kolej ni.Pemandangan dari atas bukit memang cantik.Yang paling penting sebab abang-abang senior kat sini hansome-hansome taw haha.Ke situ pula kan.Gatal sesaat tak apa haha.

Saya sayang Kolej saya sangat taw.Ni ha saya belanja pemandangan dekat Kolej Ibrahim Yaakob yang tercinta,tersayang,terhebat,tercantik,ter ter semua la..;D


Ni pemandangan dari atas bukit.
Kolam ikan KIY :)

Ni Station Bas KIY.Cantikkan?Baru ja di cat oleh senior-senior KIY
Okay tu ja.Kalau nak tengok lebih banyak pemandangan kat KIY ni jemputlah datang ke KIY ye haha.Terima Kasih semua kerana membaca blog saya yang tak seberapa nih :)

First Time Menginterview

First Time Menginterview

Assalamualaikum Semua :)

Okay saya nak cerita pasal pengalaman pertama saya menginterview seorang CEO syarikat.Pada 5/12/2014 saya dan ahli kumpulan management saya telah menemuramah seorang CEO dari syarikat IKASURI SDN BHD.Kami telah diberi tugasan untuk mencari seorang pengurus atau pengarah untuk menceritakan tentang latar belakang syarikat dan pengalaman beliau mengendalikan syarikat tersebut.Yang seronoknya saya yang jadi penemuramah CEO tu.Boleh tahan nervous juga.Ya la pertama kali kan.Tapi alhamdulillah semuanya berjaya.Dan hasilnya juga memuaskan.Rasa macam diri ini macam boleh menjadi seorang wartawan yang berjaya pula eh haha.

Kami kenal dengan CEO ni sebab beliau adalah ayah kepada salah seorang daripada ahli kumpulan saya,Sarah.Nasib baik la Sarah ada.Kalau tak terpaksa la mencari kat setiap syarikat hanya untuk menginterview seorang CEO.Dan yang lagi menyebabkan interview ni seronok adalah sebab ayah Sarah tu tersangatlah sporting.Seronok dapat berkerjasama dengan beliau.Beliau seorang yang sangat berdedikasi dan berkaliber.Tak sia-sia buat projek ni.Banyak sangat pengalaman yang saya dapat.Yang paling penting pengalaman sebagai seorang wartawan hee..




Tak Sabar Nak Cuti

TAK SABAR NAK CUTI!!!

Assalamualaikum..

Sekarang dah masuk bulan ke-4.Bulan depan dah cuti sem!! Tak sabarnya nak balik.Dah lama tak balik Penang.Last balik time cuti mid Term hari tu.Hurmm..macam ni la nasib kalau belajar jauh-jauh dari rumah.Nak buat macam manakan,dah nak belajar..mestilah kena berkorban sikit.Takkan nak berkorban sikit pon tak boleh kan.Fikirkan masa depan yang cerah nanti Yana..Jangan menyerah kalah,jangan cepat mengeluh.Harus bangkit!!Final Exam just around the corner!Lepas ja Final Exam,kau boleh balik Yana.Fighting! 

Rindu family sebenarnya.Sangatlah tipu kalau sesiapa cakap yang dia tak rindu family dia kalau study jauh-jauh ni kan.Tapi tak pa aku cekalkan juga hati ni dan terus belajar bersungguh-sungguh untuk mak abah dan jadi seorang usahawan wanita yang BERJAYA dan TERKENAL.Insyaallah..Ameen..