Tuesday, 9 December 2014

Senyuman

Senyuman



Saya tak KAYA sebab tu ALLAH 
bagi saya sebuah SENYUMAN
supaya saya boleh SEDEKAH..
Baikkan ALLAH tu..
Sentiasa bagi kita peluang
untuk buat AMAL dan PAHALA!!

Hanya dengan sebuah senyuman dapat
membuatkan saya Bahagia,
Hanya dengan sebuah senyuman
yang memberikan saya Harapan,
Hanya dengan sebuah senyuman
yang membuatkan saya rasa
lebih tenang,
Hanya dengan sebuah senyuman..



makanan yang wajib dimakan jika berada di penang

MAKANAN YANG WAJIB DIMAKAN JIKA BERADA DI PENANG

Assalamualaikum semua..

Haa sebut pasal makanan mesti ramai yang dah terliurkan?Simpan dulu air liur tu untuk gambar-gambar yang saya nak share nanti haha.Seperti mana yang korang tahu,Penang adalah tempat yang paling popular dengan makanan yang sedap-sedapkan.Kalau korang pergi bercuti di Penang,korang diwajibkan makan makanan yang ada di Penang.Kalau tak makan korang akan tersangatlah rugi.

Okay meh saya share makanan yang korang patut makan kalau berada di Penang.Sedap-sedap tau.Tak rugi..

Char Kuey Teow Penang

Laksa Penang

Nasi Kandaq

Pasemboq

Jubah Jeans Day

JUBAH JEANS DAY

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Saya saja nak share gambar-gambar saya sebenarnya hee..Sebabkan kami suka bergambar so tak tau nak simpan mana gambar-gambar tu.Jadi saya nak share dekat blog ni.Lagi pun blog ni dah macam diari saya.Saya suka! >,<


20 Senaman Punggung dan Peha



Tips:Senaman Untuk Kuruskan Badan

Assalamualaikum semua,
Hari ni saya akan berkongsi kepada anda semua senaman mengecilkan paha dan punggung.Saya tahu di luar sana mesti ramai yang tidak selesa dan tidak berkeyakinan jika mempunyai paha dan punggung yang besarkan?Okay anda boleh mencuba 20 jenis senaman ini yang anda boleh lakukan dimana-mana tanpa alat yang canggih.Insyaallah jika anda bersenam secara konsisten dan mengamalkan makan makanan yang seimbang anda akan mendapat bentuk badan yang anda ingini.Video ini saya ambil dari link Kevin Zahari.Selamat menonton :)





Saya doakan anda semua dan saya juga berjaya mendapatkan bentuk badan yang kita ingini.Ameen..Selamat mencuba :)

Resepi Creampuff!

Resepi CREAMPUFF!

Assalamualaikum semua!!
Hari ni saya nak kongsikan resepi membuat Creampuff.Siapa yang suka makan creampuff tu sila la buat ye.Senang dan mudah ja nak buat creampuff ni.Di bawah ni saya tunjukkan step-by-step.Selamat mencuba :)

CREAM PUFF
by : Yani
100ml air 

45g butter-suhu bilik, potong 1cm 
60g tepung gandum- diayak 
2 biji telur(100g)
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter 
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
Tepung gandum di ayak 
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
  4. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur. 

Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. 
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 


CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.





terima kasih

TERIMA KASIH!!




Saya nak ucap Terima Kasih yang membaca Blog saya.Saya sangat menghargai.. ;)


life goes on

LIFE GOES ON..

Whether you choose to move on and
Take a chance in the unknown.
Or stay behind,locked in the past,
Thinking of what could've been.